29 Jan 2012

Hujan, malam ini mengiringi tetesan linang air mata yang keluar dari mata insan-insan yang putus cinta... pejamkan matamu untuk mencuba menutupi segala luka-luka kejam yang menggores segala... 
mungkin derasnya airmatamu tidak terbendung olehnya yang mungkin lemah untuk hadapi semua itu sendiri.... khayalmu mungkin masih bermain tentang wajahnya... tentang perasaan terbesar yang pernah kau miliki....

Usah dipanjangkan tangisan wahai sahabat......
...biarkan hujan malam ini yang menemani sedih hati yang sepi dan tersakiti...
...insyaALLAH akan datang kebaikan dan penawarnya...
... selamat malam cinta... selamat tidur segala❤

☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

23 Jan 2012

Takdir Cinta Kita♡

SUATU MALAM...
KURENUNG BULAN DIBALIK AWAN,
KUPANDANG BINTANG BERTABURAN,
ADA CAHAYA SURAM!
DAN ESOKNYA...
MENTARI BANGKIT,
BERSAMA SINAR DUKA...

KUTANYA PADA ANGIN,
"BENARKAH CINTA TAK MESTI BERSATU?"
ANGIN BERLALU SEPI,
BAGAI MEMBERI KHABAR PILU,
BAHAWA, TAKDIR CINTA KITA
TELAH TERTULIS BEGITU


☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

21 Jan 2012

Jujur Aku Masih Menyayangimu♡

Yang bermula pasti ada akhirnya,

Masih terngiang-ngiang alunan gemersik suara merdu ketawamu,
yang selalu menguliti tidur aku yg melenekan smpai pagi,
terasa mahu saja tidur untuk seribu tahun lagi,

Kau ilham tentang segala kebaikan seperti bulan bintang,
menyuluhi terang mata sinar berkaca,
kau tetap dalam hati,
hingga saat aku sudah tidak bernyawa lagi.......

Dan bila saat itu, akan berakhirlah...

Buat terakhir kalinya hati senyap berkata-kata,
selamat tinggal sayangku,
terima kasih kerana pernah sudi untuk menyayangi aku 

>......<

☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

15 Jan 2012

Taman Esplanade

Biarkan hati berbicara didalamnya ,
soalkan tentang siapa-siapa sahaja ...

Tentang taman esplanade, dulu disitu bermulanya satu cerita bahagia, kini ia tinggalkan seribu cerita duka...............

Aku, melakar anganan bahagia sendirian di luas langit biru itu,
bersandar dalam ruang lapang di tiang buruk rapuh,
dalam samar-samar bayang, menanti hujan datang,
menyiram segala tanah luas yang kering kontang 



☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...