31 Dis 2011

Selamat Tahun Baru 2012!! :)


2011 dah pun hujung-hujung, tinggal beberapa minit sahaja lagi 2011 nak melabuhkan tirainya, dan segala cerita tentang 2011 akan menjadi kenang kenangan, suka duka, senyum ketawa, selamat tinggal 2011....

Bangkitlah kawan-kawan dari cerita-cerita semalam yang kurang enak mungkin,  2012 akan punya buku diary baru untuk kita isi, semoga catitannya akan penuh dengan cerita baik, cerita lucu, cerita ketawa, cerita-cerita yang anda sukalah maksudnya, yang penting, cerita yang akan punya kebaikan yang halal hahaha. (ketawa sorang-sorang tanpa sebab)

Dan dikesempatan ini juga ingin saya memohon maaf kiranya ada terkasar bahasa terlanjur bicara yang buat anda rasa kurang senang, saya juga insan biasa punya kurang juga.

Dairy 2011 telah banyak ceritanya, tentang kita, dia dan kamu, teman-teman juga sahabat-sahabat, dan antara ikatan kasih sayang tak kiralah dengan apapun, semoga ianya banyak memberi kita inspirasi, tentang kebaikan, tuk lebih tenang dalam menempuh tahun baru2012.

SELAMAT DATANG 2012.

Telah aku lukis cerita-cerita indah, dalam terang-terang ingatan, tentang jalan-jalan bahagia bersama, senyum dan ketawa, bahagia, dan bukankah itu satu kebaikan juga, menyatakan kebaikan untuk terus berusaha, aku, dan tentang cerita bahagia tahun baru, SELAMAT DATANG 2012.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 UNTUK TEMAN-TEMAN SEMUA,
SEMOGA KEHIDUPAN KITA DIBERKATI ALLAH SWT INSYAALLAH ♥ Smiley


☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

26 Dis 2011

Pernahkah kamu memancing ikan ?

Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?

Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing.
Tiba-tiba joran kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing.
Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.
Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat.

Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan.
Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya.

Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air.

"Eh, apa hal?" Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.

Kamu rasa apakah yang akan di deritai oleh ikan itu?
Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?
Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak
boleh aktif lagi.

Dan begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

22 Dis 2011

Water Effect "kucing":)


Gerakkan anak panah tetikus anda dalam kawasan gambar Smiley ☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

21 Dis 2011

Memori

Hanya waktu yang dapat hapuskan memori tentang kamu dari aku ............
bertemu dengan kamu kembali adalah seperti satu mimpi................

☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

InsyaALLAH

Untuk melupakan seseorang kita harus punya satu kekuatan ,
dimana kekuatan yang di dalamnya punya kekuatan lagi ............
dan didalam kekuatan itu harus juga punya kesabaran .........
dan , doa walau berapa susahnya keadaan yang buat hati tak senang ,
semoga kita semua baik-baik saja insyaALLAH :)
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

7 Dis 2011

SENYUMMU

Senyummu bagai dingin pagi ,
Yang bisa melenakan ,
sungguh demikian ,
aku pasti ,
dan lebih pesonanya yg membahagiakan.................................
indah itu kamu ,
CINTA
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

Aku telah memaafkan segalanya

...dan aku adalah dari secarit kesan koyak hatimu...
yang telah engkau tangisi siang2 dan malam 2 yang lalu,
biarlah aku jadi penampalan luka buat kamu lagi jika perlu ,
dan aku tak mahu kesan koyak jelas meluka lukakan lagi sekali ,
biarlah kehinaan ini menjadi pembalut terbaik walau yang akan terbuang akhirnya,
yang penting kamu "sembuh"... dan, aku akan bina hidup baru dalam serba baik bersama kebahagiaan yang telah aku ada ini dan, sebenarnya kebaikan itu adalah hasil ciptakan dari kebahagiaan untuk kamu.....

Aku telah memaafkan segalanya, terutama, tentang kita, semoga kamu bahagia bersama kebahagiaan yang telah kamu miliki bersama orang yang kamu sayang. dan, mohon maafkan aku juga.
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...