Assalamualaikum :)
Apa khabar kawan - kawan blogging semua, pakcik doakan semoga keadaan kalian seperti yang kalian mahukan, sihat, bahagia, dan, ok, nah, semualah keadaan - keadaan yang baikbaik, insyaallah, aminnnnn :)
Dan harapan pakcik semoga blog masingmasing jadi tambah comel, hebat, slim, :)
Dan tu je lah pak cik nak cakap, best tak cerita pendek pakcik tu :P
Ok lah, sebelom pakcik tidur ni, cuma, kalau sebenarnya kalian benarbenar rasa sayang pada seseorang, luahkan saja, sebab kalau korang tak luahkan, ekspresi yang terhasil tak akan sama macam yang korang mahu tu dan mungkin sebab itulah akhirnya korang rasa hampa dan tanya kenapa dia tak faham kenapa, kenapa, dan kenapa....
Kadang - kadang tak payah nak kira berapa kebaikan yang dia buat untuk kita dalam satu hari, sebaliknya tanya diri kita sendiri apa yang telah kita beri untuk dia ?
Cinta ni sebenarnya memberi, bukan meminta ...
usah nak tanya kenapa harus macam tu, kalau kamu mahu bercinta seharusnya kamu terlebih dulu cari jawapannya ...
Dan kalau jodoh tu, ia akan beri kita satu keadaan tindak balas sama yang menyeronokkan...seronok dalam senang, seronok dalam susah jugak...
Erti kata lain juga cinta ni adalah suka pada sesuatu, dan tak akan ada pilihan lain kalau kamu dah nyatakan kamu suka/cinta dia, kamu harus kuat untuk, suka dia dengan se'baik2nya, suka ni sebenarnya bukan hanya suka bila dia berada dalam keadaan yang menyenangkan je tapi, dalam keadaannya yang teruk, dan dalam keadaan dia marah jugak, korang harus rasa senang kerana namanya cinta itu sendiri... Sebab, apapon, bagi dia, kamulah air yang memadam api kamarahan, yang menyejuk dan menyenangkan tu sebenarnya :)
Pakcik tahu la sebab pakcik pun dulu pernah jugak cintacinta ni he :P
Rasa sayang itu sebenarnya lebih hebat lagi dari cerita pakcik ni...
Dan rasailah sendiri dengan jujur dan iklas...:)
Nak bercinta ni, harus punya keyakinan... harus!!!!
Dan rasanya kalian lebih hebat dari pakcik untuk tafsirkan tu sebenarnya...:)
oklah, cerita pendek pakcik tadi dah jadi panjang kan, :P
Apapun selamat bersahur nanti dan selamat berpuasa :)
selamat malam,
Assalamualaikum :)
23 Ogo 2011
17 Ogo 2011
Salam Nuzul Al Quran
Nuzul
Al-Quran merupakan
peristiwa turunnya ayat suci al-Qur'an yang
pertama kepada Nabi
Muhammad s.a.w. hingga
seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab
al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada
malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad
s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua
Hira,
bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Nuzul Al-Quran adalah peristiwa turunnya kitab suci ini. Firman Allah:
“Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan bagi menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan bagi yang benar dan salah”
(Surah Al-Baqarah,ayat 185)
Pesan Nabi Muhammad S.A.W.
“Aku tinggalkan dua perkara yang sekiranya kamu berpegang kepada ke dua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku(Hadith)”
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran. Sama-samalah kita menghayati & membaca isi kandungannya... Amin
15 Ogo 2011
Pakcik suka kucing
Sejak kecil apakcik memang minat kucing. Tak pernah sekalipun kucing kat rumah pakcik pupus.Selain boleh buat main, kemanjaan kucing boleh buat hati pakcik rasa seronok. Apatah lagi bila kucing-kucing pakcik tu berkelakuan yang aneh-aneh dan bila kucing itu gemuk dan lucu,.. Bela kucing ni seperti memiliki teman hidup. Ketika kucing yang biasa kita pelihara mati atau hilang dari rumah, maka hati ni rasanya sedih sangatlah. Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling banyak yang boleh ditemui di kawasan umah pakcik kat kampung, sebab pakcik suka bagi makan kat dorang, biasanya makanan special, nasi gaul ngan ikan singgang :) Jarang antara sesama kucing jantan jika bertemu nak beradu kekuatan untuk mempertahankan wilayah kekuasaannya coz dorang ni dah kenal sesame mereka, kira membe ketat2 lah wahaha...:P ... overall, pakcik memang suka kucing :)
2 Ogo 2011
Alhamdulillah, ramadhan kembali lagi, pakcik harap korang kuat,kuat untuk berpuasa hari - hari yang seterusnya insyaallah
Dan bagi adik - adik yang study dan yang duduk kat kuarters, terutama yang makan tanggung sendiri, koman2 pun, petang - petang pergi bazar ramadhan beli bungkus untuk sahur nanti tu tau, ha lauk dengan nasi tu asingkan lah baru tahan lama, tunggu panaskan ajalah nanti, kesian pulak pakcik dengar ada yang sesetengahnya makan biskut celup air panas je, nak tak nak korang haruslah usahakan untuk kesenangan hati dan emosi, cukuplah rasanya tekanan study mungkin, takkan time sahur pun tekanan - tekanan jgk kan, tapi tak tahulah situasi penuhnya mcm mana, semoga korang tenang - tenang semua di bulan yang penuh mulia ini dan usaha lagi untuk iklaskan hati di tahap paling baik insyaallah dalam melakukan apa jugak perkara.
Solat terawih macam mana, macam mana apa lagi haruslah pergi bagi yang 'mampu', tak punya alasan yang sengaja korang cari - cari reka untuk tak mau pergi ni Oklah semua, Pakcik tak pandai sangat la nak celoteh - celoteh panjang ni, apapun semoga bulan yang penuh mulia ni, sama - samalah kita lengkapkan semua amalan - amalan yang kurang mungkin insyyallah pesanan ini jugak pakcik tujukan pada diri pakcik ni yang banyak kurang
Selamat berpuasa semua
Langgan:
Catatan (Atom)