Nuzul
Al-Quran merupakan
peristiwa turunnya ayat suci al-Qur'an yang
pertama kepada Nabi
Muhammad s.a.w. hingga
seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab
al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada
malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad
s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua
Hira,
bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Nuzul Al-Quran adalah peristiwa turunnya kitab suci ini. Firman Allah:
“Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan bagi menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan bagi yang benar dan salah”
(Surah Al-Baqarah,ayat 185)
Pesan Nabi Muhammad S.A.W.
“Aku tinggalkan dua perkara yang sekiranya kamu berpegang kepada ke dua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku(Hadith)”
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran. Sama-samalah kita menghayati & membaca isi kandungannya... Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan