Assalamualaikum :)
Apa khabar kawan - kawan blogging semua, pakcik doakan semoga keadaan kalian seperti yang kalian mahukan, sihat, bahagia, dan, ok, nah, semualah keadaan - keadaan yang baikbaik, insyaallah, aminnnnn :)
Dan harapan pakcik semoga blog masingmasing jadi tambah comel, hebat, slim, :)
Dan tu je lah pak cik nak cakap, best tak cerita pendek pakcik tu :P
Ok lah, sebelom pakcik tidur ni, cuma, kalau sebenarnya kalian benarbenar rasa sayang pada seseorang, luahkan saja, sebab kalau korang tak luahkan, ekspresi yang terhasil tak akan sama macam yang korang mahu tu dan mungkin sebab itulah akhirnya korang rasa hampa dan tanya kenapa dia tak faham kenapa, kenapa, dan kenapa....
Kadang - kadang tak payah nak kira berapa kebaikan yang dia buat untuk kita dalam satu hari, sebaliknya tanya diri kita sendiri apa yang telah kita beri untuk dia ?
Cinta ni sebenarnya memberi, bukan meminta ...
usah nak tanya kenapa harus macam tu, kalau kamu mahu bercinta seharusnya kamu terlebih dulu cari jawapannya ...
Dan kalau jodoh tu, ia akan beri kita satu keadaan tindak balas sama yang menyeronokkan...seronok dalam senang, seronok dalam susah jugak...
Erti kata lain juga cinta ni adalah suka pada sesuatu, dan tak akan ada pilihan lain kalau kamu dah nyatakan kamu suka/cinta dia, kamu harus kuat untuk, suka dia dengan se'baik2nya, suka ni sebenarnya bukan hanya suka bila dia berada dalam keadaan yang menyenangkan je tapi, dalam keadaannya yang teruk, dan dalam keadaan dia marah jugak, korang harus rasa senang kerana namanya cinta itu sendiri... Sebab, apapon, bagi dia, kamulah air yang memadam api kamarahan, yang menyejuk dan menyenangkan tu sebenarnya :)
Pakcik tahu la sebab pakcik pun dulu pernah jugak cintacinta ni he :P
Rasa sayang itu sebenarnya lebih hebat lagi dari cerita pakcik ni...
Dan rasailah sendiri dengan jujur dan iklas...:)
Nak bercinta ni, harus punya keyakinan... harus!!!!
Dan rasanya kalian lebih hebat dari pakcik untuk tafsirkan tu sebenarnya...:)
oklah, cerita pendek pakcik tadi dah jadi panjang kan, :P
Apapun selamat bersahur nanti dan selamat berpuasa :)
selamat malam,
Assalamualaikum :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan