20 Jun 2012

SAHABAT :)

Assalamualaikum sahabat-sahabat blog semua...:)

Lama tak update blog, selamat la kata laluan blog ni masih ingat lagi, kalau tak, dah arwah la blog ni ish ish ish :) Ye lah kita ni bukan pandai sangat kalau bab-bab tulis menulis ni, tu yang jarang update, tak tahu nak tulis apa :)

Ok kita terus pada cerita, ya, sahabat, cerita kita hari ni tajuk dia sahabat, tu lah. Seronok sebenarnya, sebab dapat sahabat baru, nama dia, ok sebenarnya dia tak ada nama :)

Dulu masa jumpa, dia kecik lagi, sihat. Tapi dalam seminggu dua dia jatuh sakit, alser mulut dan kaki bengkak berdarah, kesian, terus hantar vet (klinik haiwan) kat beserah kuantan, dokter tu bagi bius, 2 minit terus pengsan, yup, bukan dokter yang pengsan tp kucing, ya, kawan saya itu seekor kucing, dan saya bangga akan dia :)


Inilah kucing, siapa tak kenal binatang comel nih.
Tapi, ya, kucing nih kucing saya, tu yang penting :)

Ni lah beliau masa sakit, makan tak lalu sebab ulser mulut, kaki berbalut. Berkurung dalam bilik, dokter cakap tak boleh keluar rumah, ubat kena bagi ikut time, tak boleh bagi kena tanah sebab kaki belum sembuh. Jadi saya beli tanah khas kat kedai haiwan untuk dia buang najis.

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH SWT, dalam 2 3 minggu dia sembuh sepenuhnya. Tak terkata untuk digambarkan tentang rasa seronok bila tegok dia dah sembuh, Alhamdulillah......













Sekarangkan musim bola, dia pun tengok bola jugak :)

Dan tu lah, hanya gambar yang mampu bercerita tentang semuanya :)
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

19 Feb 2012

I Love You ❤❤❤


Saat diluar turun hujan dan kau merasa kesepian...
Saat kau tertidur dengan wajah sedih...
Saat semua orang tampaknya bertentangan denganmu...
Atau jika kau merasa tak seorang pun peduli...
Maka ingatlah bahwa aku mencintaimu...
Kuharap kau tak pernah melupakan ini...
Krn kadangkala akupun merasa kesepian...
Dan kadangkala turun hujan dihidupku...
Dan kadangkala aku tertidur dengan kesedihan...

Aku pun merasa hari-hari seperti itu,

Saat kurasa semua orang menentangku...
Dan tak seorangpun peduli...
Tatkala aku merasa seperti itu...
Aku selalu teringat bahwa kau mencintaiku...
Dan kegelisahan serta rasa sakit itupun lenyap...........

Jadi, tolong ingatlah selalu,
Bahawa aku menyayangimu...
Mencintaimu…
Setulus hati


☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

15 Feb 2012

awak dengarlah...

Dengan apa harus saya tabahkan hati...
dengan apa harus saya lapisi jiwa...
agar saya punya kesabaran...
Tentang setiap kisah yang awak rangkai...
saya iklas,
jika awak harus memilih,
awak dengarlah,
saya bukan yang terbaik...

awak...
jaga diri baik-baik...
seperti saya menjaga diri saya baik-baik juga...
kerana dalam diri awak ada sekeping hati,
yang pernah menjadi milik saya...

ya awak...
saya rindu...

siapa pun awak,
apapun penilaian awak terhadap saya...
tetap saya letakkan awak sebagai sosok yang saya hormati...
terlalu banyak kekurangan...
kelemahan dan sisi gelap dalam hidup saya...
tapi satu yang pasti,
saya tidak memiliki sebuah benci...
sampai bila-bila pun...

awak...
saya selalu ingin menjadi gerimis yang begitu dekat merasakan nafas dan airmata awak...
menyatu luruh dalam kepastian...
semata-mata untuk menyaksikan betapa teguhnya cinta awak...
tapi saya sedar...
hati awak bukan tempat yang mudah untuk dimasuki lagi...
ruang itu bukan untuk saya...
juga kebahagiaan didalamnya...

dan saya tahu...
saya bukan yang terindah...
apalagi istimewa bagi jiwa awak...
saya hanya penutup celah waktu dan pintu,
di ruang-ruang sepi awak......



☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

2 Feb 2012

ok,anggap saja aku merepek☺

...dan aku tidak lagi pernah menemukan cinta seindah cintaku padamu...
Bagiku kau adalah semua yang sangat aku inginkan di dunia.........................

kadang-kadang laut yang bergelora tiba masa reda juga......
geloranya, kadang-kadang, teruk juga...
maaflah...
aku tahu maaf tu bukan lagi apa-apa bagi kamu,
oklah anggap saja aku hanya merepek..

dan kini aku bukanlah lagi lelaki yang sesuai buat kamu, kan...
iyelah, kau lepas ni akan hidup senang...
dan aku masih macam ni dalam hidup yang sangat biasa-biasa,
kerja biasa-biasa, gaji pun biasa-biasa sangat...

aku tahu apa akan kau kata bila tahu yang
aku masih bercerita lagi tentang kita,
iyalah, kita dah tak ada apa-apa...
pasti kau akan kata yang aku sekarang tengah
merepek yang bukan-bukan☺
tapi tak mengapalah...
anggap saja macam tu...☺

Aku bukan apa, kadang macam tulah, rindu juga ☺
maaflah☺

selamat malam buat kamu........
mungkin segala tentang aku kamu dah buang jauh-jauh,
buanglah jauh-jauh..... anggap saja aku hanya mimpi yang tah apa-apa.....

cakap pasal mimpi tadi, hingga saat ni pun aku masih lagi termimpikan kamu,
maaf, aku tak layak sebenarnya.....

Selamat malam kenangan itu, selamat tidur dan selamat tinggal..
(...aku masih tak dapat ucap selamat tinggal pada kenangan kita, aku masih cuba... maaflah...)
...tapi tak mengapalah...
...anggap saja dari awal lagi aku hanya merepek...

Hidup ni banyak ceritanya...
gelak ketawa dan sedih yang mengecewakan...
bukankah hidup tu sangat banyak warna...
dan nama warna itu sendiri sangat indah sebenarnya...

hidup adalah medan pengajian...
tentang susah senang dan semualah...
dalam belajar banyak yang akan kita tahu...
dan ilmu tu menjadikan hidup kita lebih baik dari sebelumnya...
insyaALLAH ☺

☺.......................................................................................................................☺
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

29 Jan 2012

❤

Hujan, malam ini mengiringi tetesan linang air mata yang keluar dari mata insan-insan yang putus cinta... pejamkan matamu untuk mencuba menutupi segala luka-luka kejam yang menggores segala... 
mungkin derasnya airmatamu tidak terbendung olehnya yang mungkin lemah untuk hadapi semua itu sendiri.... khayalmu mungkin masih bermain tentang wajahnya... tentang perasaan terbesar yang pernah kau miliki....

Usah dipanjangkan tangisan wahai sahabat......
...biarkan hujan malam ini yang menemani sedih hati yang sepi dan tersakiti...
...insyaALLAH akan datang kebaikan dan penawarnya...
... selamat malam cinta... selamat tidur segala❤

☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

23 Jan 2012

Takdir Cinta Kita♡

SUATU MALAM...
KURENUNG BULAN DIBALIK AWAN,
KUPANDANG BINTANG BERTABURAN,
ADA CAHAYA SURAM!
DAN ESOKNYA...
MENTARI BANGKIT,
BERSAMA SINAR DUKA...

KUTANYA PADA ANGIN,
"BENARKAH CINTA TAK MESTI BERSATU?"
ANGIN BERLALU SEPI,
BAGAI MEMBERI KHABAR PILU,
BAHAWA, TAKDIR CINTA KITA
TELAH TERTULIS BEGITU♡


☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

21 Jan 2012

Jujur Aku Masih Menyayangimu♡

Yang bermula pasti ada akhirnya,

Masih terngiang-ngiang alunan gemersik suara merdu ketawamu,
yang selalu menguliti tidur aku yg melenekan smpai pagi,
terasa mahu saja tidur untuk seribu tahun lagi,

Kau ilham tentang segala kebaikan seperti bulan bintang,
menyuluhi terang mata sinar berkaca,
kau tetap dalam hati,
hingga saat aku sudah tidak bernyawa lagi.......

Dan bila saat itu, akan berakhirlah...

Buat terakhir kalinya hati senyap berkata-kata,
selamat tinggal sayangku,
terima kasih kerana pernah sudi untuk menyayangi aku ♡

>...♡♡♡♡...<

☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

15 Jan 2012

Taman Esplanade

Biarkan hati berbicara didalamnya ,
soalkan tentang siapa-siapa sahaja ...

Tentang taman esplanade, dulu disitu bermulanya satu cerita bahagia, kini ia tinggalkan seribu cerita duka...............

Aku, melakar anganan bahagia sendirian di luas langit biru itu,
bersandar dalam ruang lapang di tiang buruk rapuh,
dalam samar-samar bayang, menanti hujan datang,
menyiram segala tanah luas yang kering kontang 



☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

31 Dis 2011

Selamat Tahun Baru 2012!! :)


2011 dah pun hujung-hujung, tinggal beberapa minit sahaja lagi 2011 nak melabuhkan tirainya, dan segala cerita tentang 2011 akan menjadi kenang kenangan, suka duka, senyum ketawa, selamat tinggal 2011....

Bangkitlah kawan-kawan dari cerita-cerita semalam yang kurang enak mungkin,  2012 akan punya buku diary baru untuk kita isi, semoga catitannya akan penuh dengan cerita baik, cerita lucu, cerita ketawa, cerita-cerita yang anda sukalah maksudnya, yang penting, cerita yang akan punya kebaikan yang halal hahaha. (ketawa sorang-sorang tanpa sebab)

Dan dikesempatan ini juga ingin saya memohon maaf kiranya ada terkasar bahasa terlanjur bicara yang buat anda rasa kurang senang, saya juga insan biasa punya kurang juga.

Dairy 2011 telah banyak ceritanya, tentang kita, dia dan kamu, teman-teman juga sahabat-sahabat, dan antara ikatan kasih sayang tak kiralah dengan apapun, semoga ianya banyak memberi kita inspirasi, tentang kebaikan, tuk lebih tenang dalam menempuh tahun baru2012.

SELAMAT DATANG 2012.

Telah aku lukis cerita-cerita indah, dalam terang-terang ingatan, tentang jalan-jalan bahagia bersama, senyum dan ketawa, bahagia, dan bukankah itu satu kebaikan juga, menyatakan kebaikan untuk terus berusaha, aku, dan tentang cerita bahagia tahun baru, SELAMAT DATANG 2012.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 UNTUK TEMAN-TEMAN SEMUA,
SEMOGA KEHIDUPAN KITA DIBERKATI ALLAH SWT INSYAALLAH ♥ Smiley


☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

26 Dis 2011

Pernahkah kamu memancing ikan ?

Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?

Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing.
Tiba-tiba joran kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing.
Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.
Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat.

Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan.
Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya.

Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air.

"Eh, apa hal?" Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.

Kamu rasa apakah yang akan di deritai oleh ikan itu?
Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?
Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak
boleh aktif lagi.

Dan begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

22 Dis 2011

Water Effect "kucing":)


Gerakkan anak panah tetikus anda dalam kawasan gambar Smiley ☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

21 Dis 2011

Memori

Hanya waktu yang dapat hapuskan memori tentang kamu dari aku ............
bertemu dengan kamu kembali adalah seperti satu mimpi................

☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

InsyaALLAH

Untuk melupakan seseorang kita harus punya satu kekuatan ,
dimana kekuatan yang di dalamnya punya kekuatan lagi ............
dan didalam kekuatan itu harus juga punya kesabaran .........
dan , doa walau berapa susahnya keadaan yang buat hati tak senang ,
semoga kita semua baik-baik saja insyaALLAH :)
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

7 Dis 2011

SENYUMMU

Senyummu bagai dingin pagi ,
Yang bisa melenakan ,
sungguh demikian ,
aku pasti ,
dan lebih pesonanya yg membahagiakan.................................
indah itu kamu ,
CINTA
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

Aku telah memaafkan segalanya

...dan aku adalah dari secarit kesan koyak hatimu...
yang telah engkau tangisi siang2 dan malam 2 yang lalu,
biarlah aku jadi penampalan luka buat kamu lagi jika perlu ,
dan aku tak mahu kesan koyak jelas meluka lukakan lagi sekali ,
biarlah kehinaan ini menjadi pembalut terbaik walau yang akan terbuang akhirnya,
yang penting kamu "sembuh"... dan, aku akan bina hidup baru dalam serba baik bersama kebahagiaan yang telah aku ada ini dan, sebenarnya kebaikan itu adalah hasil ciptakan dari kebahagiaan untuk kamu.....

Aku telah memaafkan segalanya, terutama, tentang kita, semoga kamu bahagia bersama kebahagiaan yang telah kamu miliki bersama orang yang kamu sayang. dan, mohon maafkan aku juga.
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

27 Nov 2011

‎...dan malam pon berlalu dengan bijak melarutkan aku dalam mimpi ZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz..................................
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

21 Nov 2011

cinta itu kamu

Cinta itu apa ?
cinta tu , satu perasan suka yang tumbuh dari
dalam hati seseorang , yang menginginkan ia menjadi sebahagian dari kehidupannya ,
yang tak akan punya ada sedikit pun perasaan penolak yang tidak menyenangkan ...

cinta itu apa ?
Cinta itu kamu , sebanyak mana kamu cintai diri kamu ,
sebanyak mana indah yang kamu sendiri ciptakan untuk cintai kamu ,
dan, sebanyak bahagia yang kamu hasilkan yang punya bahagia dibalik apapun keadaan kamu ,
dan akan sebanyak itulah cinta yang akan kamu dapat , dan yang akan
kamu ada ... Dan sebenarnya, CINTA yang hakiki adalah cinta pada pencipta kita iaitu ALLAH YANG SATU DAN KEKAL DAN TAK AKAN PUNYA PENGHUJUNG :)
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

muslimah

Cantik itu bukan hanya pada nama ,
cantik tu bukan hanya pada gerak gerinya ,
cantik tu bukan hanya pada rupa , dan bukan juga hanya pada suaranya yang berkata ...,
dan cantik itu , dalam cantik tu punya kecantikan lagi ...
Hanya punya pada kamu wahai bidadari , perhiasan terbaik dari PENCIPTA :)
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

5 Nov 2011


Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada sahabat - sahabat bloger semua :)

Al-Qur’an menegaskan hakikat Qurban, melalui kisah Nabi Ibrahim dan putranya Nabi Isma’il tercinta dalam surah Al-Shafat, ayat : 102-109. Kisahnya begini; Nabi Ibrahim berkata kapada Nabi Ismail : “Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Nabi Ismail menjawab seketika dengan tenang dan penuh keyakinan : “Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan (oleh Allah) kepadamu, kau akan mendapatkanku – insya Allah – termasuk orang-orang yang sabar”.

Peristiwa Nabi Ibrahim A.S dan anakandanya Nabi Ismail A.S perlu di ambil teladan dan dihayati oleh seluruh umat islam.

"Oleh itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih"
(Hadis riwayat al-Tarmizi)


☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

26 Okt 2011

Dan malam pun terlalu bijak melarutkanku dalam mimpi.
Menusukkan jarum - jarum memori tentangmu.
Menyuntikkan ingatan-ingatan tajam tentang rasaku
Ketika buaian itu makin ganas memelukku, aku hanya mampu bertanya, apa yang ingin aku cari? Kamu atau dia?
Namun makin senja otakku makin pekat..mengentalkan tiap gerakan sel-selku.
Tentangmu.. Begitu tercium merdu.. tersedarku dari khayal…hingga kamu terlalu indah untukku sentuh…
Tentangmu..tentang rahsiaku..tentang rasa yang tak pernah tersuratkan...
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...