31 Dis 2011

Selamat Tahun Baru 2012!! :)


2011 dah pun hujung-hujung, tinggal beberapa minit sahaja lagi 2011 nak melabuhkan tirainya, dan segala cerita tentang 2011 akan menjadi kenang kenangan, suka duka, senyum ketawa, selamat tinggal 2011....

Bangkitlah kawan-kawan dari cerita-cerita semalam yang kurang enak mungkin,  2012 akan punya buku diary baru untuk kita isi, semoga catitannya akan penuh dengan cerita baik, cerita lucu, cerita ketawa, cerita-cerita yang anda sukalah maksudnya, yang penting, cerita yang akan punya kebaikan yang halal hahaha. (ketawa sorang-sorang tanpa sebab)

Dan dikesempatan ini juga ingin saya memohon maaf kiranya ada terkasar bahasa terlanjur bicara yang buat anda rasa kurang senang, saya juga insan biasa punya kurang juga.

Dairy 2011 telah banyak ceritanya, tentang kita, dia dan kamu, teman-teman juga sahabat-sahabat, dan antara ikatan kasih sayang tak kiralah dengan apapun, semoga ianya banyak memberi kita inspirasi, tentang kebaikan, tuk lebih tenang dalam menempuh tahun baru2012.

SELAMAT DATANG 2012.

Telah aku lukis cerita-cerita indah, dalam terang-terang ingatan, tentang jalan-jalan bahagia bersama, senyum dan ketawa, bahagia, dan bukankah itu satu kebaikan juga, menyatakan kebaikan untuk terus berusaha, aku, dan tentang cerita bahagia tahun baru, SELAMAT DATANG 2012.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 UNTUK TEMAN-TEMAN SEMUA,
SEMOGA KEHIDUPAN KITA DIBERKATI ALLAH SWT INSYAALLAH ♥ Smiley


☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

26 Dis 2011

Pernahkah kamu memancing ikan ?

Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?

Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing.
Tiba-tiba joran kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing.
Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.
Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat.

Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan.
Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya.

Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air.

"Eh, apa hal?" Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.

Kamu rasa apakah yang akan di deritai oleh ikan itu?
Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?
Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak
boleh aktif lagi.

Dan begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

22 Dis 2011

Water Effect "kucing":)


Gerakkan anak panah tetikus anda dalam kawasan gambar Smiley ☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

21 Dis 2011

Memori

Hanya waktu yang dapat hapuskan memori tentang kamu dari aku ............
bertemu dengan kamu kembali adalah seperti satu mimpi................

☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

InsyaALLAH

Untuk melupakan seseorang kita harus punya satu kekuatan ,
dimana kekuatan yang di dalamnya punya kekuatan lagi ............
dan didalam kekuatan itu harus juga punya kesabaran .........
dan , doa walau berapa susahnya keadaan yang buat hati tak senang ,
semoga kita semua baik-baik saja insyaALLAH :)
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

7 Dis 2011

SENYUMMU

Senyummu bagai dingin pagi ,
Yang bisa melenakan ,
sungguh demikian ,
aku pasti ,
dan lebih pesonanya yg membahagiakan.................................
indah itu kamu ,
CINTA
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

Aku telah memaafkan segalanya

...dan aku adalah dari secarit kesan koyak hatimu...
yang telah engkau tangisi siang2 dan malam 2 yang lalu,
biarlah aku jadi penampalan luka buat kamu lagi jika perlu ,
dan aku tak mahu kesan koyak jelas meluka lukakan lagi sekali ,
biarlah kehinaan ini menjadi pembalut terbaik walau yang akan terbuang akhirnya,
yang penting kamu "sembuh"... dan, aku akan bina hidup baru dalam serba baik bersama kebahagiaan yang telah aku ada ini dan, sebenarnya kebaikan itu adalah hasil ciptakan dari kebahagiaan untuk kamu.....

Aku telah memaafkan segalanya, terutama, tentang kita, semoga kamu bahagia bersama kebahagiaan yang telah kamu miliki bersama orang yang kamu sayang. dan, mohon maafkan aku juga.
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

27 Nov 2011

‎...dan malam pon berlalu dengan bijak melarutkan aku dalam mimpi ZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz..................................
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

21 Nov 2011

cinta itu kamu

Cinta itu apa ?
cinta tu , satu perasan suka yang tumbuh dari
dalam hati seseorang , yang menginginkan ia menjadi sebahagian dari kehidupannya ,
yang tak akan punya ada sedikit pun perasaan penolak yang tidak menyenangkan ...

cinta itu apa ?
Cinta itu kamu , sebanyak mana kamu cintai diri kamu ,
sebanyak mana indah yang kamu sendiri ciptakan untuk cintai kamu ,
dan, sebanyak bahagia yang kamu hasilkan yang punya bahagia dibalik apapun keadaan kamu ,
dan akan sebanyak itulah cinta yang akan kamu dapat , dan yang akan
kamu ada ... Dan sebenarnya, CINTA yang hakiki adalah cinta pada pencipta kita iaitu ALLAH YANG SATU DAN KEKAL DAN TAK AKAN PUNYA PENGHUJUNG :)
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

muslimah

Cantik itu bukan hanya pada nama ,
cantik tu bukan hanya pada gerak gerinya ,
cantik tu bukan hanya pada rupa , dan bukan juga hanya pada suaranya yang berkata ...,
dan cantik itu , dalam cantik tu punya kecantikan lagi ...
Hanya punya pada kamu wahai bidadari , perhiasan terbaik dari PENCIPTA :)
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

5 Nov 2011


Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada sahabat - sahabat bloger semua :)

Al-Qur’an menegaskan hakikat Qurban, melalui kisah Nabi Ibrahim dan putranya Nabi Isma’il tercinta dalam surah Al-Shafat, ayat : 102-109. Kisahnya begini; Nabi Ibrahim berkata kapada Nabi Ismail : “Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Nabi Ismail menjawab seketika dengan tenang dan penuh keyakinan : “Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan (oleh Allah) kepadamu, kau akan mendapatkanku – insya Allah – termasuk orang-orang yang sabar”.

Peristiwa Nabi Ibrahim A.S dan anakandanya Nabi Ismail A.S perlu di ambil teladan dan dihayati oleh seluruh umat islam.

"Oleh itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih"
(Hadis riwayat al-Tarmizi)


☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

26 Okt 2011

Dan malam pun terlalu bijak melarutkanku dalam mimpi.
Menusukkan jarum - jarum memori tentangmu.
Menyuntikkan ingatan-ingatan tajam tentang rasaku
Ketika buaian itu makin ganas memelukku, aku hanya mampu bertanya, apa yang ingin aku cari? Kamu atau dia?
Namun makin senja otakku makin pekat..mengentalkan tiap gerakan sel-selku.
Tentangmu.. Begitu tercium merdu.. tersedarku dari khayal…hingga kamu terlalu indah untukku sentuh…
Tentangmu..tentang rahsiaku..tentang rasa yang tak pernah tersuratkan...
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺
Saat terindah aku ,
ialah bila bersama kamu .....................
kenangan itu tetap kenangan yang pernah buat aku bahagia ...................
wahai cinta , ajarkan aku untuk rasa bahagia sampai akhir hayat , hanya untuk satu nyawa ..........................
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺
ajarkan aku untuk senyum dalam kehidupan dan seterusnya ..................................
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

22 Sep 2011

Hawa




Hawa , tak mampu untuk aku tafsirkan , kehebatan dan keistimewaan seumpama , untuk diertikan tentang kamu ..... Hawa , cukup lengkap jika kau datang kerana kau dicipta dari tulang rusuk nabi adam , untuk aku :) ☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

20 Sep 2011

semangatlah! :)


Apa yang kita buat kadang - kadang hasilnya tidak sesempurna yang kita rancang, sebenarnya tindakan itu yang lebih penting , kita rancang kita buat , sesetengahnya rancang tapi tak buat , lagi tak baguskan , cubalah belajar dari kesilapan lalu , insyaALLAH akan ada jalan yang lebih baik untuk hari esok ... , semangatlah untuk hidup , kerana kehidupan asasnya perlu begitu :) ☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

key to happiness


Hiduplah kita dalam keadaannya biasa - biasa saja , kalau rasa senang , senyum ,
kalau rasa sedih , menangis , tapi seeloknya jangan terlalu emosional ,
dalam apapun harus sederhana , semoga kawan - kawan temui kunci
untuk rasa lebih bahagia, amin :) ☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

11 Sep 2011

hidup ini sangat indah ♥ :)

Akan ada satu perkara yang kita tak dapat lupakan sampai bila - bila , hanya saja hati yang lebih memahami , apa yang terciptakan untuk kita , hati dan iman , yang selalu ada dan temani bila - bila masa pun ,dan kita harus yakin yang kita mampu untuk kuat , dan kuatlah , seperti burung kecil , walaupun kecil , tetap kuat untuk terbang , bukan sekadar untuk terbang , tapi untuk hidup ... ayuh ! bangkitlah teman - teman dari rasa sedih ....... hidup ini sangat indah ♥ :) ☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

23 Ogo 2011

celoteh sebelum tidur

Assalamualaikum :)

Apa khabar kawan - kawan blogging semua, pakcik doakan semoga keadaan kalian seperti yang kalian mahukan, sihat, bahagia, dan, ok, nah, semualah keadaan - keadaan yang baikbaik, insyaallah, aminnnnn  :)

Dan harapan pakcik semoga blog masingmasing jadi tambah comel, hebat, slim,  :)

Dan tu je lah pak cik nak cakap, best tak cerita pendek pakcik tu :P

Ok lah, sebelom pakcik tidur ni, cuma, kalau sebenarnya kalian benarbenar rasa sayang pada seseorang, luahkan saja, sebab kalau korang tak luahkan, ekspresi yang terhasil tak akan sama macam yang korang mahu tu dan mungkin sebab itulah akhirnya korang rasa hampa dan tanya kenapa dia tak faham kenapa, kenapa, dan kenapa....

Kadang - kadang tak payah nak kira berapa kebaikan yang dia buat untuk kita dalam satu hari, sebaliknya  tanya diri kita sendiri apa yang telah kita beri untuk dia ?
Cinta ni sebenarnya memberi, bukan meminta ...
usah nak tanya kenapa harus macam tu, kalau kamu mahu bercinta seharusnya kamu terlebih dulu cari jawapannya ...

Dan kalau jodoh tu, ia akan beri kita satu keadaan tindak balas sama yang menyeronokkan...seronok dalam senang, seronok dalam susah jugak...

Erti kata lain juga cinta ni adalah suka pada sesuatu, dan tak akan ada pilihan lain kalau kamu dah nyatakan kamu suka/cinta dia, kamu harus kuat untuk, suka dia dengan se'baik2nya, suka ni sebenarnya bukan hanya suka bila dia berada dalam keadaan yang menyenangkan je tapi, dalam keadaannya yang teruk, dan dalam keadaan dia marah jugak, korang harus rasa senang kerana namanya cinta itu sendiri... Sebab, apapon, bagi dia, kamulah air yang memadam api kamarahan, yang menyejuk dan menyenangkan tu sebenarnya :)
Pakcik tahu la sebab pakcik pun dulu pernah jugak cintacinta ni he :P

Rasa sayang itu sebenarnya lebih hebat lagi dari cerita pakcik ni...
Dan rasailah sendiri dengan jujur dan iklas...:)

Nak bercinta ni, harus punya keyakinan... harus!!!!

Dan rasanya kalian lebih hebat dari pakcik untuk tafsirkan tu sebenarnya...:)

oklah, cerita pendek pakcik tadi dah jadi panjang kan, :P

Apapun selamat bersahur nanti dan selamat berpuasa :)

selamat malam,

Assalamualaikum :)


☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

17 Ogo 2011

Salam Nuzul Al Quran


Nuzul
Al-Quran merupakan
peristiwa turunnya ayat suci al-Qur'an yang
pertama kepada Nabi
Muhammad s.a.w. hingga
seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab
al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada
malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad
s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua
Hira,
bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Nuzul Al-Quran adalah peristiwa turunnya kitab suci ini. Firman Allah:

“Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan bagi menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan bagi yang benar dan salah”

(Surah Al-Baqarah,ayat 185)

Pesan Nabi Muhammad S.A.W.

“Aku tinggalkan dua perkara yang sekiranya kamu berpegang kepada ke dua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku(Hadith)”

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran. Sama-samalah kita menghayati & membaca isi kandungannya... Amin
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

15 Ogo 2011

Pakcik suka kucing

Sejak kecil apakcik memang minat kucing. Tak pernah sekalipun kucing kat rumah pakcik pupus.Selain boleh buat main, kemanjaan kucing boleh buat hati pakcik rasa seronok. Apatah lagi bila kucing-kucing pakcik tu berkelakuan yang aneh-aneh dan bila kucing itu gemuk dan lucu,.. Bela kucing ni seperti memiliki teman hidup. Ketika kucing yang biasa kita pelihara mati atau hilang dari rumah, maka hati ni rasanya sedih sangatlah. Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling banyak yang boleh ditemui di kawasan umah pakcik kat kampung, sebab pakcik suka bagi makan kat dorang, biasanya makanan special, nasi gaul ngan ikan singgang :) Jarang antara sesama kucing jantan jika bertemu nak beradu kekuatan untuk mempertahankan wilayah kekuasaannya coz dorang ni dah kenal sesame mereka, kira membe ketat2 lah wahaha...:P ... overall, pakcik memang suka kucing :)










:D big grin

☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

2 Ogo 2011




Assalamualaikum semua teman - temanSmiley


   Alhamdulillah, ramadhan kembali lagi, pakcik harap korang kuat,kuat untuk berpuasa hari - hari yang seterusnya insyaallahSmiley
Dan bagi adik - adik yang study dan yang duduk kat kuarters, terutama yang makan tanggung sendiri, koman2 pun, petang - petang pergi bazar ramadhan beli bungkus untuk sahur nanti tu tau, ha lauk dengan nasi tu asingkan lah baru tahan lama, tunggu panaskan ajalah nanti, kesian pulak pakcik dengar ada yang sesetengahnya makan biskut celup air panas je, nak tak nak korang haruslah usahakan untuk kesenangan hati dan emosi, cukuplah rasanya tekanan study mungkin, takkan time sahur pun tekanan - tekanan jgk kan, tapi tak tahulah situasi penuhnya mcm mana, semoga korang tenang - tenang semua di bulan yang penuh mulia ini dan usaha lagi untuk iklaskan hati di tahap paling baik insyaallah dalam melakukan apa jugak perkara.


   Solat terawih macam mana, macam mana apa lagi haruslah pergi bagi yang 'mampu', tak punya alasan yang sengaja korang cari - cari reka untuk tak mau pergi niSmiley Oklah semua, Pakcik tak pandai sangat la nak celoteh - celoteh panjang ni, apapun semoga bulan yang penuh mulia ni, sama - samalah kita lengkapkan semua amalan - amalan  yang kurang mungkin insyyallahSmiley pesanan ini jugak pakcik tujukan pada diri pakcik ni yang banyak kurangSmiley
Selamat berpuasa semua 



☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

25 Jul 2011

Tanpamu

Segenap rasa kasih yang tumpah, hanya pada yang satu, menghela setiap nafas yang bersisa, mampukah senyuman itu hadir lagi, mengubat setiap luka yang makin bisa, betapa aku tak berdaya, andai rasa ini juga pergi, betapa kosong setiap ruang, andai hati mula mencipta elergi, sesungguhnya tanpamu, aku memang tak punya apa, segalanya tak akan pernah bermakna, tanpamu.............
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

24 Jul 2011

tata titi tutu :(

Assalamualaikum teman-temanSmiley

  
Pertama sekali aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih sebab sudi like blog aku ni, tp asyik like jeee, jadi laaa ahli Smiley Apapun terima kasih sekali lagi... Smiley dan hanya doa yang mampu aku doakan semoga kalian tenang-tenang saja dalam melayari kehidupan ini.

  Sebenarnya malam ni hati aku taklah ok sangat. Saat aku catitkan bingkisan sederhana ini, sebenarnya hati aku masih kurang ok... Dan seperti yang aku tulis kat sebelah blog aku ni, "Aku cuba belajar untuk kuat hati bila rasa kurang selesa contohnya.
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺

celoteh pakcik

Assalamualaikum...Smiley

   Semoga sihat waalafiat bersama insan tersayang...Smiley

   Lama rasanya tak update blog sendiri, asyik2 tengok blog orang lain je...Smiley
   
   Saja je nak bla bla bla niSmiley   

   Skrg ni aku tak ada buat apa-apa pun. Lokasi aku kat bilik je, sambil minum teh lipton. Macam hari2 biasa bila dah malam, online facebook leeee keje... Update status facebook, tp status tak jugak berubah, single jeeee memanjang Smiley

   Pasangan, pasangan untuk kongsi suka duka sehari-hari, dan itulah, itulah ceritanya yang nak aku keluarkan dari hati nih, tak ingin rasanya terlalu lama pendam walau itu cuma satu baris ayat mungkin, kurang lebih pun macam tu lah....

   Cinta, punya satu perasaan yang sukar untuk aku tafsirkan dengan kata2, punya seribu satu kesenangan untuk hati. Tapi ternyata cari cinta tak semudah kata-kata, tak semudah ambil dan dapat, tak semudah dapat dan simpan....

   Bukan aku tak pernah ada pasangan pun sebelum ni. Selama kerja kat resort ni, 7 tahun lebih kurang, dalam waktu tu, mgkn 1 orang je yang hati nih sangkut srius2, tapi, tak kekal lama Smiley

   Emmmm, yelah kan, pepapah pun ada kata, sebaik-baik kita rangcang, kalau tak ada jodoh, tak akan bersatu juga... Dan waktu tu, pastinya kamu harus kuatkan hati, kerana kisah terburuk dalam kehidupan manusia, kisah ini pun tersenarai antara salah satunya.


   Apa pun ceritanya, bukan hanya cinta, tapi, kita, kamu, semuanyalah, single, taklah teruk sangat kan Smiley  

   Salam beristirehat, & thaz coz menyudikan diri singgah kat blog saya yang tak seberapa nihSmiley
☺Terima kasih kerana sudi membaca entri ini☺
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...